Welcome

Monday, September 05, 2011

PUB yang aku kenali

Kali ini aku ingin menulis sedikit tentang tempat dimana aku dibesarkan.Nama tempat ini dikenali sebagai PUB Sekudai.Singakatan nama dari cabangan logi air Singapura dimana perjajian Air Singapura pada 1961 dengan kerajaan Malaysia.Jadi terdapat berberapa buah logi air Singapura seperti di Gunung Pulai,Tebrau,Kota Tinggi dan juga Sekudai.

Kalau nak di "recall" balik ingatan ku.Aku tiba di pintu gerabang PUB sekudai dengan dijaga megahnya oleh Askar Malaysia (Ini memang termakbub didalam perjanjian Air Malaysia - Singapura).Aku membonceng motorsikal bapaku pada sekitar tahun 1974.Dalam keadaan sedikit ketakutan dan "excited" aku membonceng dengan menikmati pemandangan yang tak pernah ku lihat dalam hidupku sebelum ini.Suasana bersih dengan bangunan-bangunan putih yang berbagai bentuk dan rupa.Pokok-pokok bunga tertanam dengan rapi dan cantik.Kedengaran suara-suara kanak-kanak bermain yang semuanya agak sebaya denganku tetapi agak ganjil bagiku ketika itu.
Sebelum aku mencecahkan kaki kecilku di tempat yang bernama PUB Sekudai ini aku di besarkan di Buan Heng Estate (Sekarang Taman Universiti@Taman U).Dengan tidak pandai berbahasa melayu dan juga tamil (sebab aku hanya pandai berbahasa Malayalam bahasa Ibunda ku ketika itu) aku terlopong melihat keadaan kawan-kawan baru ku yang lain.Mereka memperli aku agaknya kerana tidak pandai mentuturkan bahasa mereka.Tetapi semua ini hanyalah sementara kerana hari demi hari,minggu demi minggu dan tahun demi tahun aku mula pandai bertutur bahasa melayu yang kebanyakannya aku pelajari semasa perbualaan atau berkomunakasi dengan kawan-kawan melayu ku.

Aku pertama dari Kiri barisan belakang bersama kawan-kawan tadikaku

 Keadaan pada ketika itu amatlah ceria dan "exploring" sekali bagiku, dimana ramai kawan-kawan ku mahupun lelaki atau perempuan.Banyak kenalan dari block-block persekitaran semasa aku di bangku tadika.Tetapi tadika ini bukanlah seperti sekarang yang diwajibkan oleh Kerajaan dan "estblish".Tadika ini sebagai pelajaran awal ABC aku di rumah salah seorang penghuni di PUB Sekudai yang juga seperti Pak Cik aku sendiri.Memang di PUB Sekudai hubungan diantara penghuni-penghuni adalah amat rapat dan mesra tidak kira bangsa dan agama.Di block A tingkat dua dimana tempat keluarga kami tinggal hanyalah keluarga aku sahaja yang berbangsa India dan yang lain semuanya penghuni-penghuni melayu.Rumah "Pak Andak" atau Abang Jamil (Arwah) adalah pondok sekolah awal bagi ku.Isteri beliau Kak Anah adalah cikgu pertama didalam kehidupan akedemi ku pada ketika itu.Ramai kenalan baru dari block-block lain dan kawan-kawan ku dari block yang sama.Aku bermastautin di block A sehinggalah keluarga kami berpindah dari situ ke suatu kawasan perumahan setelah 25 tahun berikutnya.

Banyak suka dan duka aku hadapi di alam kanak-kanakku semasa menghinap di PUB Sekudai.Berbagai permainan tradisional aku telah pelajari dari kawan-kawan melayu ku.Belon Acah,Sepak Yem,Main Guli,Main Getah,Kayu Canang,Polis Sentri,Semunyi Ibu dan banyak lagi.Sampaikan mandi sungai sudah menjadi salah satu aktivitiku wajib didalam alam remaja ku ketika alam persekolahan menengah rendah.Semua ini adalah sesuatu permainan yang asing untuk anak-anak ku dan sehinggalah aku terpaksa menghuraikan kepada mereka bagaimana permainan-permainan ini dimainkan sewaktu zaman kanak-kanakku.Aku tidak hairan kerana kanak-kanak sekarang amatlah daif dengan permainan seperti ini apatah lagi mereka yang hidup dibandar-bandar besar.Hanya segelintir sahaja permainan seperti ini masih wudjud itupun diluar bandar dan di kampung-kampung.

Anak-anak ku sibuk dengan permainan PS3 mereka dan lebih handal dari ayahnya dalam permainan zaman moden generasi mereka.Disinilah aku pelajari baik dan buruk,suka dan duka liku-liku kehidupan.Kefasihan aku berbahasa melayu tidak dapat dinafikan serta menjadi pelajar contoh disekolah pada ketika itu.Sehingga sekarang walaupun aku banyak bertutur Bahasa Ingris tetapi kefasihan berbahasa Melayu memang menjadi kehairanan kepada kawan-kawan pejabatku.Ini kerana aku berasa teruja dapat hidup bersama-sama dengan keluarga melayu pada ketika itu dan secara tidak langsung fasih dan faham tentang adat resam melayu yang sekali gus memberikan aku suatu "advantage" daripada kaum ku sendiri.(Mana tak awek aku masa remaja dulu pun semuanya melayu..heheheh...abis cakap tamil tak tahu macam mana nak sangkut Beb!).
Tetapi setelah ke alam perkerjaan aku mula berjinak dengan bahasa tamil tetapi sehingga sekarang aku tidak begitu fasih dalam pertuturan seperti kawan-kawan india ku yang lain.

Gate atau Pintu Masuk

Jiran-jiran terdekat ku amatlah mengambil berat waktu keluarga ku baru berpindah ke PUB Sekudai.Jiran terdekat ku Pak Maarof,Pak Halimi (Pak Imam) Abang Ali (Arwah) dan anak anak mereka Zehal,Udin,Mimah,Eton (Maisarah)Nani dan kawan-kawan satu block aku Sadad,Mail,Ishak dan Kamal(Udang).Dan tak lupa kawan-kawanku yang lain seperti Nehan,Alim (Azhar) Ali,Mozit.Hisham Bandi.Hamdan,Kunjan,Awang,Atan(Lembik) Moksin(Hassan)
 Acot,Ali,Ishak,Hisham,Sitaki,Nordin,Hassan Kunyawa dan ramai lagi.Sehingga sekarang walaupun aku tidak dapat berkesempatan berjumpa mereka ada juga aku dengar dan tanya khabar mereka apabila terserempak dimana-mana kawan-kawan lama ku dari tempat yang bernama PUB Sekudai ini.


                                                                              Block-block di PUB Sekudai (Atas & Bawah)


Di PUB Sekudai ramai yang terkenal dengan "nick name" atau nama pangilan sehingga kita tidak tahu apakah nama sebenar mereka.Acot,Atan Lembik,Hisham Pot dan ramai lagi.Aku Sasee Tharan dikenali dengan nama "Tambi" sehingga nama itu pupus bila aku meningkat dewasa.Kawan-kawanku memangilku dengan nama Sasee sahaja.Tetapi nama  "Tambi" ini terlekat begitu lama sehingga adik-adik aku pun memangilku dengan nama tersebut.(He..he..he very funny you know).Aku tidak berapa ingat siap yang memberi "nick name" ini kepadaku tetapi "Tambi" dalam bahasa tamil bermaksud "Adik".Jadi secara tidak langsung aku adalah adik kepada kawan-kawan ku.(Ha..ha..ha..that what you call cool)

Adik-adik ku pun sama seperti aku dan komunakasi kita sekeluarga adalah dalam bahasa melayu sehinggalah ke hari ini.(That really odd if others Indian see us communicating) Tapi siapa kisah kerana kami adik-beradik memang selesa berkomunakasi sebegitu.Aku adalah anak sulung dan diikuti saudara perempuan ku Sujatha,Sunitha,Sathish,Saumana dan Sasi Rekha.
Anak sulungku Shruthi Shivani pernah menyampuk dan bertanyakan kenapa ayahnya berkomunakasi dengan menggunnakan "bahasa malaysia" dengan makcik dan pak ciknya tetapi mengunakan bahasa ibunda apabila bercakap dengan atuk dan neneknya.(Something I really can't explain to her)

PUB Sekudai adalah tempat yang tak dapat aku lupakan sebab separuh dari riwayatku telah kuhabiskan ditempat ini.Dari kanak-kanak melepasi alam remaja sehingga awal kedewasaan ku.Ramai kawan-kawan ku yang telah pun dewasa dan ada yang diantara mereka telah pergi meningalkan dunia maya ini tetapi ingatan ku tetap segar seperti baru berlaku semalam.Aku pernah terpikir untuk memijakkan kakiku semula supaya dapat sekali lagi ku belayar kembali ke masa silam tetapi masa dan waktu tidak berpihak kepada ku.Aku tidak dapat hadir di perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan oleh "Anak-Anak Bekas perkerja PUB".Harap aku dapat bersama dimasa akan datang.Dengan keadaan ku yang sentiasa sibuk mengejar kehidupan (Well I had to admit this).Aku berharap dapat kembali ke acara-acara yang akan datang kelak.Teringin aku membawa anak ku berdua dan Isteri ku ke tempat pembesaran ku di mana aku belajar berdiri diatas kakiku sendiri,Tempat aku mengenali baik dan buruknya persahabatan.Tempat aku menjana ilmu pengetahuan.Tempat aku mempelajari jalan yang lurus bebas dari segala-galanya dimana ada kawan-kawan ku yang juga kecundang dan tersembam kehidupan mereka yang pasti kalau terlajak sudah pastinya tidak boleh di "u-turn" (You know what I mean).Igau-igauan ini masih segar diingatanku dan akan menjadi salah satu pengajaran kepada anak-anakku yang belum kenal erti kehidupan.

Rasa Sebak didada memikirkan tempat yang bernama PUB ini akan diserahkan oleh Singapura kembali ke Malaysia dibawah jagaan SAJ.Cuma aku berharap tempat ini sentiasa dipelihara keunikkannya.Tubuh PUB Sekudai dengan mata baru SAJ.Tetapi Mata mencerminkan keperibadiaan jadi sama-samalah kita melihat perkembangan semasa.Sama juga nasibnya di loji-loji PUB ditempat lain.

Cebisan memory dari ku yang ingin aku kongsikan di Blog ini.

Oh! PUB ku tempat aku membesar,
bermain,menangis,suka dan duka ku yang
tak padam dek masa
diharap aku dapat
melihatmu seperti aku melihatmu
pada suatu ketika dahulu.

Selamat Tinggal Oh PUB ku ! (Ni bukan apa just came up from my mind when I were writing..hehehe boleh buat lirik lagu ni)

3 comments:

Anonymous said...

Superb...bro...a good memory flash back

Tharanspost said...

This will become a good past time memory for all of us woh grow,stayed and leave there.

Unknown said...

Saya pon membesar disitu..
1990-2010..
Walaupon pada zaman yang berbeza..
tp saya dpt rasa semua yang ada dlm cerita..
Semue permainan, mandi sungai kutip buah pelam..
sangat funny bile ingat balik..
Blog ni buat saya tersenyum..
kawan2 mcm adik beradik..
Kemana mana bersama..
tq for memory P.U.B

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...